Ahad, 24 Oktober 2010

Dimana Kebahagiaan

Kisah ini berkisar tentang empat remaja yang ingin mengecapi kebahagiaan dengan mengambil tindakan mencari kebahagiaan di setiap ceruk pelosok tanah ini. Dengan bertemankan kereta jenama tempatan yang menanti masa rebah musnah dimamah keuzuran, mereka berempat mengagahkan semangat hati demi satu matlamat, mencari kebahagiaan hakiki.

Mat rempit kata mereka bahagia ketika mengambil lap baring dua tiga round dengan dagu cecah ke jalan di roundabout dalam bandaraya. Empat remaja tersebut tanpa ragu mempraktikkan teori kebahagiaan mat rempit tersebut dengan mengambil lap baring dua tiga round dengan dagu cecah ke jalan di roundabout dalam bandaraya. Namun begitu hasilnya tidaklah kenampakan dan mereka menyesal kerana mendengar kata dusta mat rempit tersebut lantas menyumbatkan helmet kedalam saluran percernaan beliau.

Si obes kata mereka bahagia bila dapat mencuba makanan baru yang sangat rare di bumi ini. Empat remaja tersebut sedikit ragu mempraktikkan teori kebahagiaan si obes dengan mencuba kepelbagaian makanan baru seperti milo ais limau, roti nan berbentuk daging, juga roti bersalut kiwi kasut. Namun begitu hasilnya tidaklah kenampakan dan mereka menyesal kerana mendengar kata dusta si obes lantas mengheret beliau pada di belakang kereta jenama tempatan uzur mereka itu pada kelajuan empat ratus kilometer sejam.

Sang materialis pula kata bahagia mereka hadir bila mereka dapat habiskan duit yang mereka cari berpayah-payah disiang harinya dengan berpoyapoya mabukmabuk dimalam harinya. Empat remaja tersebut dengan ragugaru mempraktikkan teori kebahagiaan sang materialis itu dengan menuju ke pusat mabuk di tengah kota. Keterseksaan yang mereka nampak di luar pusat mabuk tersebut telah membantutkan niat mereka dengan serta merta mereka mendapatkan sang materialis lantas direndam kepalanya kedalam akuarium yang penuh dengan predator air seperti pirana tirana, jerung terung, maupun krokodil kokodil.

Di akhir ekspidisi pencarian mereka, mereka sedar. Kebahagiaan yang mereka cari sering bersama mereka. Barulah tersedar akan mereka tentang nilai persahabatan, nilai kekeluargaan juga nilai kasih sayanglah yang memberi kebahagiaan pada jiwa manusia yang tak pernah cukup ini.

"Apa yang penting?" (Wonderpet, 2009)

8 ulasan:

Fnd Rocka berkata...

Kerjasama!

fatah85 berkata...

tapi persahabatan, kadang kadang macam celaka pun ada.

Eireen Camelia berkata...

kerjasama! betul tak? zzzz

Aizuddin Jaafar berkata...

Fndrocka dan Eireen,
Itu kalau ada haiwan dalam bahaya. Kalau tak ada haiwan dalam bahaya?

Affah,
Bila berkata tentang nilai. Ia merujuk kepada nilai positip. Manakan pula nilai positip persahabatan boleh membawa kepada kecelakaan.

oh farah berkata...

lepas ni kite buat lagi. tapi mungkin di lokasi yang lain pula?

Aizuddin Jaafar berkata...

Leia,
Cadangan yang bagus. Tapi mungkin lebih baik jika guna pemandu yang lain.

Tun Af'fi Sofyan berkata...

kebahagiaan tu ada merata, cuma kadang kita tak tahu nak meraikan sebaiknya.

Aizuddin Jaafar berkata...

Tun Af'fi,
Dem right!!

Catatan Popular