Rabu, 18 April 2012

Sesi Falsafah Bersama Brader Jon

Lu orang tak kenal Brader Jon. Bagi Karim, Brader Jon ni umpama seorang ahli fiqir yang zuhud dan tawaduk umpama padi resminya. "Lagi tunduk bila berisi". Bukan senang lu orang nak jumpa insan macam gitu gayanya. Lu orang bayangkanlah, berapa senang lu orang ingat orang berisi nak menunduk sebelum perut menyendal menyekat pergerakan. Brader Jon ni, kadang-kadang muncul tak tentu pasal, entah bila-bila beliau boleh terpacul kat sebelah Karim, magik orangnya.

"Wassup bro, lu rasa lu hidup ke sekarang ni?" Brader Jon tanya Karim.

Karim diam.

"Hidup ni bro, paradoks." Kata beliau.

Karim angguk, tak faham. Tinggi bahasanya tu.

Karim tengok kiri kanan. Macam biasa, tanpa petanda Brader Jon dah tak ada.

Yang tinggal hanya Karim keseorangan di platform keretapi menanti tren yang seterusnya bersama hiruk-pikuk orang keramaian.

Tiada ulasan:

Catatan Popular