Di padang. Geng kanak-kanak sedang riang bermain.
Tepi padang, Tiga orang budak sedang duduk bersedih.
Seorang lelaki Bionik sedang memecut lari selepas baru menyempurnakan misi mengassasin Tauke Kedai Roti yang bermusuh dengan Syarikat Ramli. Berhenti sebentar dan menyorotkan matanya mengamati tiga budak tersebut. Tangannya masih merah berdarah selepas menumbuk anjing Tauke Kedai Roti tersebut yang cuba mempertahankan tuannya.
Lalu dirapati tiga budak tersebut dan diluahkan kuriositinya.
lelaki Bionik: Kenapa tak bermain dengan kawan-kawan lain?
budak Satu: Saya tak ada kaki.
lelaki Bionik: Nah, Ambil abang punya.
budak Dua: Jantung saya rosak.
lelaki Bionik: Nah, Ambil abang punya.
budak Tiga: Saya tak ada badan.
lelaki Bionik: Nah, Ambil abang punya.
Tiga budak tersebut pun terus berlari ceria selepas memperoleh anggota badan yang baru meninggalkan lelaki Bionik yang hanya berkepala sahaja.
Lelaki Bionik tersenyum.
Terkenang zaman-zaman kekejamannya dan terpaksa dilupakan niatnya mahu menguasai Planet Bumi. Lelaki Bionik hanya tersenyum.
lelaki Bionik: Aku hanya berkepala sahaja sekarang.
Adakah aku sudah berubah?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Aku selak satu persatu helai buku setebal dua inci itu. Aku cari penuh perinci disetiap permukaan kertas tebal itu. Tapi apa yang aku cari e...
-
Dia tunggu tunggu tepi jalan dalam tengah teriknya hari. Panasnya tar jalan menaikkan bau batu-batuan hitam yang kelihatan panas jika dipega...
-
Lata Tampit, Janda Baik Tahun 2019, Geng Lapo berazam untuk memperbaiki pencapaian 2018. Jadi untuk explorasi pertama kami jalankan adal...
7 ulasan:
budak itu kuat ye bertahan walaupun jantungnye rosak.
x yah g IJN minx kat abang bionik je.
abang bionik pown x mati2.
mmg kuat tp kesian kat dye.
mcm part dlm cerita fruit basket oh:p
huda,
itu dinamakan ketabahan jiwa raga
mirashi,
oh citer anime tu.
aku tak setuju abang bionik tu bagi macam tu saja!
Mugi,
kau nak abg bionik tu jual ke? bdak2 tu mane ade duit
kena ada syarat yang keras weh~
macam skor spm atau berjaya dlm pemilihan bola sepak wakil sekolah gitu?
Catat Ulasan